Wednesday, 27 May 2020

Contoh soalan 2

CONTOH  SOALAN  ESEI  PENGAJIAN  AM  STPM  BAGI  SEMESTER  2 
 

  1.   Membina negara Malaysia yang bersatu padu telah diletakkan sebagai cabaran pertama dalam Wawasan 2020. Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu. kerajaan telah memperkenalkan ideologi negara dan pelbagai dasar lain. Huraikan.

Jenis format adalah  1 + 4 ( 1- Ideologi dan 4- Dasar lain )

Antara isi yang sesuai adalah :

A.  Rukun Negara - Ideologi
B.  Dasar Pendidikan Kebangsaan.
C.  Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
D.  Dasar Ekonomi Baru.
E.  Dasar Integrasi Nasional.
F.  Dasar Pembangunan Nasional.
G.  Dasar Sukan Kebangsaan.


 2.    Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia turut dirasai oleh Malaysia. Oleh itu, kerajaan dan rakyat perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengurangkan kesan yang mungkin timbul daripada keadaan ini. Huraikan.

Jenis format adalah  2 + 3 ( peranan rakyat dan negara )

Antara isi yang sesuai bagi peranan rakyat adalah : 

A.  Mengamalkan perbelanjaan secara berhemah.
B.  Membeli produk atau hasil tempatan.
C.  Melabur di dalam negara.

Antara isi yang sesuai untuk peranan negara adalah :

A.  Mempelbagai kegiatan ekonomi.
B.  Mencari atau memperluaskan pasaran baharu.
C.  Mengawal mata wang dan aliran pertukaran asing.
D.  Menstrukturkan semula corak perbelanjaan.
E.  Mengurangkan import.


  3.     Penghayatan dan pengamalan prinsip Rukun Negara adalah penting dalam kalangan semua warganegara Malaysia. Jelaskan.

Jenis format adalah  5 + 0 ( kepentingan penghayatan dan pengamalan prinsip Rukun Negara )

Antara isi yang sesuai adalah :

A.  Membentuk perpaduan rakyat yang berbilang kaum.
B.  Mewujudkan rakyat yang berjiwa patriotik.
C.  Membentuk warga yang bermoral dan beretika.
D.  Mengukuhkan jati diri.
E.  Menerapkan amalan menghormati Perlembagaan Negara. 
F.  Mewujudkan sebuah masyarakat yang adil.
G.  Mewujudkan sebuah mastyarakat yang progresif dan saintifik.
H.  Memelihara cara hidup demokratik.
I.  Mewujudkan sebuah masyarakat yang liberal.


  4.  Penguatkuasaan undang-undang bukan merupakan satu-satunya langkah untuk mencapai matlamat memelihara alam sekitar. Bincangkan.

Jenis format adalah  1 + 4 ( langkah memelihara alam sekitar )

Antara isi yang sesuai adalah :

A.  Penguatkuasaan undang-undang- Telah diberikan dalam soalan.
B.  Pewartaan hutan simpan.
C.  Penghutanan semula.
D.  Pengunaan baja organik serta kaedah kawalan biologi.
E.  Amalan pertanian tetap.
F.  Penggunan kaedah kitar semula.
G.  Pengunaan teknologi moden.
H.  Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan dengan memelihara alam sekitar.

SEKIAN UNTUK KALI INI... SEMOGA ANDA SUKSES :)
J

Contoh soalan 1

 
BERIKUT  MERUPAKAN  ANTARA  CONTOH  ESEI  PENGAJIAN  AM  BAGI  SEMESTER  2  YANG  MUNGKIN BERGUNA  UNTUK  PARA  PELAJAR.

PERINGATAN :  Bahagian esei memerlukan para pelajar untuk bijak dalam menganalisis dan mentafsir maklumat yang diberikan agar mampu menjawab kehendak soalan. Selain itu. para pelajar perlulah mahir dalam mencari kata kunci dan mengetahui format. Seterusnya, memperbanyak kegiatan membaca bagi menambahkan segala ilmu yang sedia ada. Akhir sekali, selamat maju jaya !!!!!!
 
 1.    Cabaran ke Enam Wawasan 2020  ingin melahirkan masyarakat saintifik dan progresif di Malaysia. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan oleh negara bagi merealisasikan hasrat tersebut. Huraikan.

Jenis format adalah  5 + 0 ( usaha yang perlu dilakukan oleh negara )

Antara isi yang sesuai adalah :

A.  Menambah baik dalam  sistem pendidikan Negara.
B.  Melaksanakan Projek Mega Koridor Raya Multimedia (MSC).
C.  Menambahkan pusat pendidikan teknikal dan vokasional (TVET).
D.  Meningkatkan kemahiran ICT.
E.  Menggalakan aktiviti R & D dalam bidang sains dan teknologi.
F.   Meningkatkan industri berteknologi tinggi.
G.  Menyemai minda saintifik dari awal persekolahan.


  2.  Belakangan ini masalah mental dalam kalangan masyarakat semakin membimbangkan. Justeru itu, usaha yang serius perlu diambil bagi menanganinya. Bincangkan. 
 
Jenis format adalah 2 + 3 atau 3 + 2 ( punca berlakunya masalah mental dan usaha menanganinya )

Antara isi yang sesuai bagi puncanya adalah :

A.  Tekanan hidup.
B.  Faktor Genetik.
C.  Pengaruh bahan kimia seperti dadah dan alkohol.
D,  Sejarah hidup yang lampau.
E.  Sikap individualistik.

Antara isi yang sesuai bagi usaha menanganinya adalah :

A.  Mendapat rawatan pakar.
B.  Mengamalkan cara hidup sihat.
C.  Menjalani sesi kaunseling.
D.  Meningkatkan hubungan sosial.
E.  Mendapatkan sokongan daripada keluarga.
F.  Menerapkan nilai-nilai keagamaan.


   3.  Kegawatan ekonomi tahun 1989, 1997 dan 2009 telah mendatangkan impak besar terhadap ekonomi Malaysia. Bagi menghadapi kegawatan ekonomi, perbendaharaan negara perlu diperkukuh. Bincangkan usaha kerajaan dalam memantapkan perbendaharaan negara.

Jenis format adalah  5 + 0  ( usaha pihak kerajaan )

Antara isi yang sesuai adalah :

A.  Mewujudkan percukaian yang baharu.
B.  Meningkatkan pematuhan terhadap percukaian.
C.  Memansuhkan / pemansuhan subsidi secara berperingkat.
D.  Melaksanakan dasar penjimatan.
E.  Meningkatkan kadar bayaran sedia ada.

Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga ia dapat membantu para pelajar..  :):):)