BERIKUT MERUPAKAN ANTARA CONTOH ESEI PENGAJIAN AM BAGI SEMESTER 2 YANG MUNGKIN BERGUNA UNTUK PARA PELAJAR.
PERINGATAN : Bahagian esei memerlukan para pelajar untuk bijak dalam menganalisis dan mentafsir maklumat yang diberikan agar mampu menjawab kehendak soalan. Selain itu. para pelajar perlulah mahir dalam mencari kata kunci dan mengetahui format. Seterusnya, memperbanyak kegiatan membaca bagi menambahkan segala ilmu yang sedia ada. Akhir sekali, selamat maju jaya !!!!!!
1. Cabaran
ke Enam Wawasan 2020 ingin melahirkan
masyarakat saintifik dan progresif di Malaysia. Pelbagai usaha perlu
dilaksanakan oleh negara bagi merealisasikan hasrat tersebut. Huraikan.
Jenis format adalah 5 + 0 ( usaha yang perlu dilakukan oleh negara )
Antara isi yang sesuai adalah :
A. Menambah baik dalam sistem pendidikan Negara.
B. Melaksanakan
Projek Mega Koridor Raya Multimedia (MSC).
C. Menambahkan pusat pendidikan teknikal dan
vokasional (TVET).
D. Meningkatkan kemahiran ICT.
E. Menggalakan aktiviti
R & D dalam bidang sains dan teknologi.
F. Meningkatkan industri berteknologi tinggi.
G. Menyemai minda saintifik dari awal
persekolahan.
2. Belakangan ini masalah mental dalam kalangan
masyarakat semakin membimbangkan. Justeru itu, usaha yang serius perlu diambil bagi
menanganinya. Bincangkan.
Jenis format adalah 2 + 3 atau 3 + 2 ( punca berlakunya masalah mental dan usaha menanganinya )
Antara isi yang sesuai bagi puncanya adalah :
A. Tekanan hidup.
B. Faktor Genetik.
C. Pengaruh bahan kimia seperti dadah dan alkohol.
D, Sejarah hidup yang lampau.
E. Sikap individualistik.
Antara isi yang sesuai bagi usaha menanganinya adalah :
A. Mendapat rawatan pakar.
B. Mengamalkan cara hidup sihat.
C. Menjalani sesi kaunseling.
D. Meningkatkan hubungan sosial.
E. Mendapatkan sokongan daripada keluarga.
F. Menerapkan nilai-nilai keagamaan.
3. Kegawatan
ekonomi tahun 1989, 1997 dan 2009 telah mendatangkan impak besar terhadap
ekonomi Malaysia. Bagi menghadapi kegawatan ekonomi, perbendaharaan negara
perlu diperkukuh. Bincangkan usaha kerajaan dalam memantapkan
perbendaharaan negara.
Jenis format adalah 5 + 0 ( usaha pihak kerajaan )
Antara isi yang sesuai adalah :
A. Mewujudkan percukaian yang baharu.
B. Meningkatkan
pematuhan
terhadap percukaian.
C. Memansuhkan / pemansuhan
subsidi secara berperingkat.
D. Melaksanakan dasar penjimatan.
E. Meningkatkan kadar bayaran sedia ada.
Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga ia dapat membantu para pelajar.. :):):)
No comments:
Post a Comment