CONTOH SOALAN ESEI PENGAJIAN AM STPM BAGI SEMESTER 2
1. Membina negara Malaysia yang
bersatu padu telah diletakkan sebagai cabaran pertama dalam Wawasan 2020. Bagi mengukuhkan
bangsa Malaysia yang bersatu padu. kerajaan telah memperkenalkan ideologi
negara dan pelbagai dasar lain. Huraikan.
Jenis format adalah 1 + 4 ( 1- Ideologi dan 4- Dasar lain )
Antara isi yang sesuai adalah :
A. Rukun Negara - Ideologi
B. Dasar Pendidikan Kebangsaan.
C. Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
D. Dasar Ekonomi Baru.
E. Dasar Integrasi Nasional.
F. Dasar Pembangunan Nasional.
G. Dasar Sukan Kebangsaan.
2. Kemelesetan ekonomi yang
melanda dunia turut dirasai oleh Malaysia. Oleh itu, kerajaan dan rakyat perlu
memainkan peranan masing-masing untuk mengurangkan kesan yang mungkin timbul
daripada keadaan ini. Huraikan.
Jenis format adalah 2 + 3 ( peranan rakyat dan negara )
Antara isi yang sesuai bagi peranan rakyat adalah :
A. Mengamalkan perbelanjaan secara berhemah.
B. Membeli produk atau hasil tempatan.
C. Melabur di dalam negara.
Antara isi yang sesuai untuk peranan negara adalah :
A. Mempelbagai kegiatan ekonomi.
B. Mencari atau memperluaskan pasaran baharu.
C. Mengawal mata wang dan aliran pertukaran asing.
D. Menstrukturkan semula corak perbelanjaan.
E. Mengurangkan import.
3. Penghayatan dan pengamalan
prinsip Rukun Negara adalah penting dalam kalangan semua warganegara Malaysia.
Jelaskan.
Jenis format adalah 5 + 0 ( kepentingan penghayatan dan pengamalan prinsip Rukun Negara )
Antara isi yang sesuai adalah :
A. Membentuk perpaduan rakyat yang berbilang kaum.
B. Mewujudkan rakyat yang berjiwa patriotik.
C. Membentuk warga yang bermoral dan beretika.
D. Mengukuhkan jati diri.
E. Menerapkan amalan menghormati Perlembagaan Negara.
F. Mewujudkan sebuah masyarakat yang adil.
G. Mewujudkan sebuah mastyarakat yang progresif dan saintifik.
H. Memelihara cara hidup demokratik.
I. Mewujudkan sebuah masyarakat yang liberal.
4. Penguatkuasaan undang-undang
bukan merupakan satu-satunya langkah untuk mencapai matlamat memelihara alam
sekitar. Bincangkan.
Jenis format adalah 1 + 4 ( langkah memelihara alam sekitar )
Antara isi yang sesuai adalah :
A. Penguatkuasaan undang-undang- Telah diberikan dalam soalan.
B. Pewartaan hutan simpan.
C. Penghutanan semula.
D. Pengunaan baja organik serta kaedah kawalan biologi.
E. Amalan pertanian tetap.
F. Penggunan kaedah kitar semula.
G. Pengunaan teknologi moden.
H. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan dengan memelihara alam sekitar.
SEKIAN UNTUK KALI INI... SEMOGA ANDA SUKSES :)
J
No comments:
Post a Comment